.. salam ramadhan al-mubarak..

dh ramadhan pun.. Alhamdulilah kerana dipertemukan dgn Ramadhan sekali lagi.. semoga tahun ni lebih banyak amal ibadat yg dibuat.. InsyaAllah..
lama sangat tak update blog nie.. busy and lazy jugak.. 2nd May 2012 sye telah diberhentikan kerja kerana ekonomi syarikat yang tidak menentu.. asyik rugi jew.. saye diberikan notis 24 hours. Daptlah sikit compensation, tapi tak lama duit tu pun dah abis.. now tgh pening how to generate more income.. Ya Allah Kau berikan lah aku jalan keluar..
Mid June haritu dh dpt kerja, tetapi setelah 3 minggu berhempas pulas belajar and bekerja di sana, nampaknya kami tiada keserasian. Boss andartu (ahso) itu sgt menjengkelkan.. Dari hidup tak happy baik lah saya berhenti sahaja..
Last Sunday, 29/7/2012.. sye dan 3A buat kerja gila.. kami bentang tikar dan berniaga di pasar pagi kampung medan.. memang mulanya perasaan malu tu timbul, hampir putus asa juga kerana susah utk mendapat tapak w/pun sekangkang kera.. Akhirnya setelah bertanya dapat lah jugak tpt sbb tuannya tak dtg.. (kt sini peniaga dh booking tpt masing2..)
Sambutan amat menggalakkan.. mahunya tak saye telah menjual kidswear saya di bawah harga borong.. ada pelanggan yang baik tak minta tawar tapi saya dengan sifat kemanusiaan saya, saya bagi la less sikit. Ada jugak pelanggan yang mcm #$%^&.. minta less lagi dan lagi.. bila kata tak boleh, tak faham2 juga.. nak jugak.. memang menyampah dan meluat dengan pelanggan yang kedekut.. tapi nak quality baju yang mahal.. Saya terpaksa memberi jugak less setelah didesak beberapa kali.. (tak kuasa mak.. haish).. tapi dalam hati saya memang tak ikhlas.. ingatkan habis di situ sahaja.. lepas tu dia datang balik nak beli dgn less lagi.. huh.. ada jugak yg bgtaw kawan yg baju GAP saya tu rm10.. dah saya bagi rm15 tu pun dah besar rahmat.. kat luar tak dapat harga ni taw.. Inilah manusia yang tidak pandai bersyukur dan kedekut .. Saya memang pantang orang kedekut nie, tahu lah kau nanti.. confirm kena blacklist..
Wpun sakit hati dengan karenah mereka, tetapi hasilnya amat lumayan (ye ke lumayan?.. sebenarnya yang saya dapat tu separuh dari harga kos baju.. untung xdak..) dapat la dalam RM770.. banyakkan.. dalam masa 4 jam sahaja bekerja.. ;)
sangat menarik.. Saya masih lagi berfikir jika mahu berniaga secara full time atau bagaimana.. Semoga Allah sentiasa membuka jalan untuk saya.. Amin..

0 comments:

Post a Comment