Mengantuk tahap kronik

10.7.15

Sejak aku berpindah ke rumah encik suami, rutin harian pun turut berubah.. nak2 kena bulan puasa pulak.. kena bangun awal bersahur.. huhu.. kena keluar rumah awal jugak.. kena drive jauh2.. huhu.. kalau dulu 5 minit pun boleh sampai ofis skrg terpaksa harung sedikit jem dan perjalanan yang agak jauh dari biasa memang memenatkan.. harap selepas Ramadhan segalanya akan kembali normal..

dari sudut lain aku bersyukur kepada Allah kerana anugerahkan aku suami yang sangat baik. Tak tahu lah adakah sebab kami masih di ambang honeymoon so xde masalah besar dlm perhubungan.. tp apa yang aku boleh cakap kat sini yang pilihan Allah takkan pernah silap. Terima kasih Allah kerana kurniakan dia lelaki paling baik yang pernah aku jumpa.. dia sangat baik xtaw nak ckp camana.. aku doakan semoga dia, aku dan anak2 kami berbahagia selamanya bukan sekadar di dunia tapi juga di akhirat..

Buat suami tercinta, sayang sayang sgt kat abang.. Allah saja yang tahu perasaan ini. Semoga kita terus menjaga hubungan dengan Allah.. kerana cinta dan kasih syg kita berdua ini juga anugerah dariNya kan..

I love you forever till Jannah

0 comments:

Post a Comment